Friday, November 20, 2009

Destinasi menarik Bandar Penawar




SELAMAT DATANG...


Bandar Penawar merupakan sebuah bandar baru di daerah Kota Tinggi. Antara lokasi pelancongan yang terdapat di Bandar Penawar adalah Desaru dan Tanjung Balau. Keseluruhan kawasan ini merupakan kawasan pertanian iaitu kawasan penanaman kelapa sawit. Pada akhir tahun 1960-an, terdapat beberapa buah petempatan FELDA yang dibina seperti Felda Gugusan Adela.





Bandar Penawar juga merupakan kawasan tarikan pelancong seperti di Desaru, Tanjung Balau, dan Batu Layar. Kawasan pelancongan ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Kawasan pelancongan ini juga merupakan kawasan yang strategik kerana pantainya menghadap Laut China Selatan dan merupakan pantai yang bersih dan indah. Pelbagai kemudahan yang disediakan di kawasan pelancongan ini seperti hotel dan chalet untuk memberi peluang kepada para pelancong untuk menginap di kawasan pantai ini.